Marine Essence Bamboo Salt

Marine Essence Bamboo Salt

Thursday, 26 June 2014

Journey To Langkawi Island

The Journey To Langkawi Island

Baru ada kesempatan nak update blog. Kali ini saya telah merancang percutian di Pulau Langkawi bersama rakan-rakan sekerja. Alhamdulillah selama sebulan lebih merangcang percutian ni, semua nye berjalan dengan lancar.

Hari Pertama
Selepas waktu kerja pada hari jumaat, kami terus bergerak ke KL Sentral untuk berkumpul disana. Kali ini nak cuba naik keretapi KTM Antarabandar dari Kl Sentral Ke Arau. Tapi sedih sebab semasa beli tiket, Koc untuk katil sudah habis. Tiada cara lain, kene beli tiket tempat duduk..  Harga Tiket untuk seorang dalam RM45.00 seorang. Train Dari KL Sentral  Pukul 9.30 malam. Ambil masa lebih kurang dalam 12 jam untuk sampai Ke Stesyen KTM Arau, Perlis.



Hari Kedua,
sampai di stesyen Arau lebih kurang pada pukul 8.40 pagi hari sabtu. Terus amek taksi nak ke Jeti Kuala Perlis. Haraga satu kereta (4-orang) RM25.00 satu perjalanan. kami amek 2 taksi. Selepas sampai jew dekat Jeti Kuala Perlis, saya terus ke kaunter tiket untuk beli tiket feri yang paling terawal. Harga tiket Feri RM18.00 seorang (Sehala). Alhamdulillah paling terawal dapat pada pukul 10.40 pagi. Sementara menunggu Feri sampai, kami pergi berserapan dahulu sebab masing-masing semua kelaparan.


Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Kuah ambil masa lebih kurang 1 jam 5 minit. sampai disana saya terus ke kaunter Kereta sewa untuk amek kereta sewa. terus ke Hotel De Baron Resort. Tak beberapa Jauh dari Jeti. 


Selepa Berehat beberapa jam di hotel, terus keluar cari kedai makanan. masing-masing semua kelaparan. Selepas semua dah kenyang, kami terus kan misi mencara bahan bahan basah untuk ber BBQ di Pantai Cenang. Nasib baik penduduk sekitar Pekan kuah sangat mesra dengan pelancong, dapat imfomasi dimana pasar basah untuk beli ikan,ayam dan sebagai nya.





Hari Ketiga,
Dapat berita sedih... Island hoping tak dapat buat pagi disebabkan salah infomarsi dari pihak tempahan, jadi kami buat keputusan untuk mencari Pantai awam sambil berjalan-jalan disekita Pulau langkawi. Pukul 2.00 petang baru kami dijemput dari Hotek untuk ke Jeti cebtre Point untuk memulakan aktiviti island Hoping, 8 orang RM280.00 untuk satu bot. lokasi island hoping adalah Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Ambil masa lebih kurang 4 jam. Selepas habis aktiviti air, kami terus dihantar balik ke Hotel. 




Hari Terakhir,
Selepas berserapan, kami terus menuju ke SkycabLangkawi. perghh.. menggigil kaki naik cable car. selepas tu terus ke pekan kuah untuk beli-belah serba sedikit. balik kami naik kapal terbang. banyak lagi sebenar nya kalau nak tulis, tapi macam tak rajin nak menaip.. jadi saya ada sertakan video kami dari youtube.. kalau ada soalan.. boleh komen blog saya okay.. selamat membaca dan menonton 


ads
Best Soap in The City #SabunHijau #SabunMagic



No comments:

Post a Comment